Thursday, 29 September 2016

Breakfirst @ Rinta CafeπŸ˜›πŸ˜

Setiap kali Wa ke Sibu mesti bawa famili ke Rinta Cafe untuk sarapan pagi. Wa suka ke sini sebab pelbagai menu sarapan pagi boleh order kat sini. Lagipun anak2 Wa memang makan menu barat jer. Tapi my hubby suka menu nasi dan mi. Wa pulak suka semua menu. HohohoπŸ˜› Rinta Cafe terletak di sg Antu, Sibu (boleh google map ya) dan beroperasi pada waktu siang sahaja. Lagi elok kalu pergi awal pagi takut meja penuh nanti. Harga menu sesuai dengan bajet famili. Paling best servis mereka kebiasaannya kurang daripada 10 minit. Wa bagi 🌟🌟🌟🌟untuk menu2 kat Rinta Cafe.

Western breakfirst set ni yang Wa selalu order. Walaupun ringkas tapi mengenyangkan.
 U see..air buang panas memang betul2 sedap dan sesuai menyejukkan jiwa di waktu pagi. Pelbagai menu air boleh di order ya.
 Ni anak2 tapau burger tanpa sayur mayonis dan sos
 (yang ni request dgn chef sebab anak2 suka makan burger dan cheese jer)

Ni dengan my famili..order penuh satu meja. Hohoho..menu yang selalu Wa order seperti rojak buah, kentang goreng, mi kolok, nasi lemak, nasi ayam, nasi goreng, burger dan banyak lagi lah..try la ya bagi yang baru melancong ke Sibu.😍

Saturday, 24 September 2016

Jom la ke Pasar minggu Dalat setiap hari Ahad

          Hasil tani penduduk tempatan
          Jualan buah - buahan tempatan
 Macam2 ada di pasar minggu Dalat. Tapi pasar minggu hanya sampai tengahari sahaja ya. Macam2 yang boleh dibeli. Dari barangan dapur, sayuran buahan, hasil ternakan dan gerai2 menjual kraf, pakaian, minuman, ayam panggang,nasi lemak dan banyak lagi lah..
 Ni keli my favourite fish. Masak goreng berlada sodap nih. Harga pun berpatutan.
Pelbagai sayur tradisional seperti midin, terung, umbut kelapa, pucuk ubi, pucuk labu dll. Harga pun berpatutan.

 Ikan2 pun banyak pilihan..
 Ada juga stall jual cupcake yang cute😍
Kalu lapar nak lepak santai2 dengan keluarga dan rakan banyak kedai makan buka waktu pagi hingga tengahari. Perlu ingat ya..hari ahad sebelah petang tak da lagi kedai2 yang buka. Semua orang mau rehat. Hanya Nam Leong dan Soon Huat yang kadang2 buka hingga petang. Ini bagi yang nak beli barangan runcit la..
Ok. Setakat ini dulu ya. 

Mi kampua Dalat

Hari ni jalan sorang2 kat pasar minggu Dalat. Kalau nak suasana yang tenang membeli belah barang2 keperluan pada hari ni..sila lah jalan awal pagi seawal 6.30 macam Wa yang tak berapa xpert nak parking.
Hari Ahad ada rakan2 Kristian yang ke gereja. Ada juga yang menghantar anak2 sekolah menengah yang menginap di asrama. Tambah lagi dengan ada pasar minggu lagi lah meriah orang dan kereta.
Jadi sila lah buat perancangan awal.

Wah panjang intro. Nak bagitau pasal mi kampua yang sedap secukup rasa buatan akak ni. Stall akak ni menumpang Lian Huat Cafe. Memang la ramai rakan2 cina yang turut makan kat sana..tapi takurang juga yang muslim sbb memang halal.

Kalau waktu kerja Wa call jer akak ni utk tapau. 😊

Monday, 19 September 2016

 U see..sedapnyer bubur buang panas niπŸ˜™

Ni nak cerita antara tempat makan yang buka dari kol 5pm hingga 1pm. My favourite gerai makan~ APN Corner di Jalan Sungai Antu Sibu. Disebabkan Taman Harmoni sedang dlm renovation,
Sekarang tempat sementara gerai APN berhadapan Rinta Cafe (yg ni waktu siang je buka. Also my favourite place)
 Ni lamb hot claypot dan sotong goreng mayonis yang Wa suka. Wa bagi 🌟🌟🌟🌟🌟
Selain tu banyak lagi menu yang ada di APN Corner. Nanti wa bagi tau lebih lanjut ya😊

Kat sini ada pelbagai gerai yang boleh dicuba menunya. Dari menu nasi kerabu, satey, claypot hinggalah menu barat.

Saturday, 10 September 2016

Jalan jalan cari makan di Oya, Dalat ~Sarapan pagi



Nak rasa mi goreng payak(udang) untuk sarapan pagi boleh lah ke pasar oya (lbh kurang 30 minit dari Mukah). Gerai no 2 dari sblh kanan gerai favourite wa. Tukang masaknya lelaki chinese muslim. 'Tapai nasi' antara menu sampingan yang boleh dicuba sementara menunggu makanan siap. Tapi perlu diingat gerai tutup seawal tengahari. Pagi2 pun selalu penuh dgn pelanggan. Kadang2 mi udang akan sold out sebab ramai pelanggan. Antara menu yang ada mi goreng udang, mi goreng basah udang dan mi sup udang. Mi goreng payak favourite Wa. Wa bagi 🌟🌟🌟🌟🌟😊heee..

Friday, 9 September 2016

 Masih cerita masa kat Miri. Ni order nasi lalapan ayam kat Restoran Muara. Puas hati ler sbb sedap. Bagi 🌟🌟🌟🌟. Banyak pilihan lalapan kat restoran ni ya.
Ni otak2. Sodap..memang dah siap terhidang atas meja. Cuma ambil dan makan jer sementara tunggu order siap.

Tuesday, 6 September 2016

Jalan - Jalan cari makanπŸ˜›

Selamat sejahtera ya. Dah 2 hari kat Miri hanya sempat singgah kat beberapa tempat makan~mun mok breakfirst boleh ke Aseaneka area jalan Piasau. Sori la tak tau nama tempat sangat..kan Wa first time ke Miri. Roti bom, roti canai & mi kolok pun sodap.